ETIKA KERJA
1.0 PENGENALAN
Profesion dimaksudkan dengan pekerjaan yang menjadi profesional dalam sesuatu profesion bermaksud seseorang itu menganggap profesionnya sebagai aktiviti yang menjadi sumber pendapatan tetap.
Profesion kejuruteraan merupakan antara profesion yang rumit bagi memastikan proses kerja yang menggunakan mesin sentiasa berjalan lancar. Kejuruteraan juga berperanan untuk mencipta sesuatu yang baharu dan berguna untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia.
Profesion kejuruteraan juga boleh mengundang maut jika tersilap langkah kerana rata-rata kesemua jurutera akan bekerja dengan mesin yang bergerak dan berat. Oleh itu, profesion ini tergolong dalam 3D iaitu Danger, Dirty and Difficult. Saya memilih profesion ini kerana ia memerlukan etika kerja yang tinggi.
10 CIRI ETIKA KERJA
1. Kehadiran
Jurutera mestilah datang ke tempat kerja tepat pada masanya dan bersedia untuk datang ke tempat kerja jika terdapat kecemasan di tempat kerja. Jika tidak dapat hadir, berikan makluman kepada pihak atasan untuk pengurusan yang seterusnya.
2. Keperibadian
Jurutera mestilah berdisiplin dan mempunyai keperibadian yang mulia agar menjadi contoh kepada orang-orang bawahannya.
3. Kerja berpasukan
Jurutera haruslah boleh bekerja dalam pasukan kerana pekerjaan ini memerlukan satu kumpulan untuk memastikan mesin berjalan lancar.
4. Penampilan
Jurutera juga perlulah menjaga imej dirinya dan juga kebersihan diri untuk memastikan dirinya sentiasa sihat supaya dapat hadir ke tempat kerja tepat pada masanya.
5. Sikap
Jurutera juga haruslah mengamalkan sikap yang positif supaya suasana kerja menjadi lebih positif.
6. Produktiviti
Jurutera haruslah memastikan penggunaan mesin secara optimum dan mencari jalan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
7. Kemahiran organisasi
Jurutera perlulah menguasai kemahiran mengurus diri, masa dan tekanan agar dapat menangani masalah yang mendatang.
8. Komunikasi
Jurutera haruslah menguasai kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai pihak kerana ia akan terlibat dengan pelbagai pihak untuk berurusan.
9. Kerjasama
Jurutera juga mestilah memberikan kerjasama dengan semua pihak dan juga mencuba memastikan kerja dilakukan tanpa bertangguh untuk memudahkan kerja orang lain.
10. Hormat
Jurutera haruslah sentiasa menghormati setiap golongan pekerja dan hak orang lain dan sentiasa menjaga tingkah laku di hadapan pihak atasan mahupun bawahan.
KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA KERJA
Proses kerja menjadi lancar dan berterusan.
Dapat mengelakkan kemalangan berlaku.
Suasana bekerja menjadi positif dan tenang.
Majikan semakin suka terhadap kita kerana mengamalkan etika.
Dapat melakukan kerja dengan tenang dan mudah.
4.0 REFLEKSI
Kesimpulannya, etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa etika kerja profesional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Etika kerja adalah untuk membolehkan seseorang individu dalam bidang tertentu dapat bekerja dengan lebih baik dan meningkatkan nilai-nilai murni dalam melakukan sesuatu kerja.
RUJUKAN
Dr Mohammad Diah Jurini.(2003). Profesional Ethics
Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: falsafah, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam.. Kuala Lumpur: INTAN
Comments
Post a Comment